Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. (Peribahasa Arab)

Friday 14 December 2012

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 2


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

SK TAHUN 2
_____________________________________________
BAHASA
MELAYU
_______________________

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

BAHASA MELAYU SK TAHUN 6


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

SK TAHUN 6
_____________________________________________
BAHASA
MELAYU
_______________________

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


BAHASA MELAYU SK TAHUN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH


SK TAHUN 3
___________________________________________________
BAHASA
MELAYU
___________________________________________________

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM



BAHASA MELAYU TAHUN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

SK TAHUN 1

_____________________________________________________

BAHASA
MELAYU
_____________________________________________________


PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM



Thursday 13 December 2012

Pantun Teka Teki


Baunya wangi tidak terhingga,
Besarnya tidaklah seberapa,
Berduri sekeliling seluruh badannya,
Cubalah teka apakah benda?

Merah bunganya tidak terperi,
Mekar kembangnya tidak terkata,
Dilaman rumah menjadi penyeri,
Menjadi lambang tradisi negara.

Berkulit hitam apabila masak,
Sungguhpun hitam nampaknya manis,
Putih isinya apabila dikoyak,
Rasanya enak lagi manis.

Indah berkembang di taman sari,
Cantik dihias sebagai jambangan,
Tangkainya panjang penuh berduri,
Baunya harum tiada tandingan.

Matanya banyak bukan haiwan,
Mahkota di kepala bukannya raja,
kuning isinya sungguh menawan,
Buah apa cubalah teka ? 
Ada sejenis haiwan perkasa,
Badannya besar bagai gergasi;
Kepada manusia banyak berjasa,
Menarik balak gagah sekali.

Berbadan panjang bukannya tali,
Di dalam tanah tempat tinggalnya;
Kulitnya licin tiada berkaki,
Cuba teka apakah jawabnya?

Negara Afrika tempat asalnya,
Berbadan belang hitam dan putih;
Rumput nan hijau kegemarannya,
Kuat berlari tidak kenal letih.

Indah berkembang di Taman Sari,
Cantik dihias sebagai jambangan;
Tangkainya panjang penuh berduri,
Baunya harum tiada tandingan.

Merah bunganya tidak terperi,
Mekar kembangnya tidak terkata;
Di laman rumah menjadi penyeri,
Lambang tradisi negara tercinta.

Wednesday 12 December 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

SK TAHUN 5
_______________________________________________________________
BAHASA
MELAYU
________________________________


PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM




Tuesday 11 December 2012

Martabatkan bahasa kebangsaan


Warga Malaysia perlu bersama pulih citra bahasa negara

Cuba renungkan kenapakah sesudah 55 tahun kemerdekaan Malaysia, kita masih membicarakan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? Apakah selama tempoh lebih lima dekad kemerdekaan bangsa dan negara kita, rakyatnya atau kita di pelbagai agensi, institusi organisasi, awam dan swasta, masih tidak faham atau tidak berasa peminggiran terhadap bahasa kebangsaan itu sama ertinya dengan ‘lupa diri’ atau sikap acuh tidak acuh terhadap jati diri negara mahupun bangsa sendiri?

Sifat kebangsaan 

Mungkinkah kita sesama kita masih tidak menghayati bahawa bahasa kebangsaan itu adalah simbol kepada kehidupan kebangsaan dalam semua ranah kehidupan dan citra negara bangsa? Fahamkah kita sesebuah negara bangsa itu ditandai sifat kebangsaan dan ada pegangan yang kukuh terhadap tonggak-tonggak kenegaraan sebagaimana termaktub dalam keluhuran Perlembagaan. 
Aspek bahasa menjadi semakin penting dalam gagasan 1Malaysia kerana ia berteraskan kepada prinsip Perlembagaan (dan Rukun Negara), selain prinsip penerimaan dan keadilan sosial. Bahasa adalah tonggak kenegaraan. Jadi kenapa pula rakyat sendiri memandang sepi, tanpa penuh komitmen memikul peranan dan tanggung jawab bersama? 


Jika Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan sudah menetapkan satu bahasa negara dan itulah Dasar Bahasa Negara, susah sangatkah bagi kita memahami apa yang dimaktubkan? Fasal itu menyatakan: “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”. Perkara 152 (6) pula menegaskan: “Dalam Perkara ini, maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. Peruntukan itu mengabsahkan status bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kedudukannya merentasi bahasa-bahasa kaum dan sukuan. Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu atau pribumi saja lagi, tetapi bahasa kita, bahasa negara kita. Cintai bahasa kebangsaan menunjukkan cinta kita kepada negara.

Apa guna fungsi bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, jika sampai sekarang pun kita tidak terpanggil untuk mendaulat dan memartabatkannya? Ketetapan undang-undang itu secara langsung meletakkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Jadi apa yang kita susah-susahkan dengan keperluan bangsa Malaysia itu menguasai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa dunia yang lain? Belajarlah dan kuasailah. Perlembagaan telah memberikan panduan yang jelas. Tetapi barang diingat yang mana patut kita junjung dan yang mana patut dikelek, sebab kesatuan dan persatuan bangsa kita atau perpaduan negara hanya boleh dicapai melalui bahasa milik bersama.

Peranan, tanggungjawab semua

Berdasarkan tuntutan undang-undang tadi, setiap ‘batu jemala’ rakyat Malaysia wajib menjunjungnya, tidak patut berdolak-dalik lagi, meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa keperluan negara dan bahasa kehidupan bangsa Malaysia. Pada hemat penulis, semua pihak sekarang perlu menilai semula peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika belum, maka haluankan semula bahtera persepsi anda dan buat satu anjakan paradigma, penuhi segera tuntutan bahawa bahasa Melayu itu menjadi bahasa rasmi; bahasa Melayu itu menjadi bahasa kebangsaan; bahasa kebangsaan itu menjadi bahasa pengantar pendidikan; menjadi bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri; menjadi bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi dan bahasa itu juga bahasa kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama dan falsafah.
Malaysia mempunyai Dasar Bahasa Negara tersendiri, bukan pelbagai bahasa secara laissez faire. Ada dasar-dasar berbeza di negara masing-masing. Bandingkan status bahasa kita dengan dasar bahasa di India, Singapura, Jepun, China, Korea, Thailand, United Kingdom, Jerman, Perancis, Indonesia dan lain-lain. Bahasa kebangsaan kita memiliki kehebatan dan keunikan tersendiri dan kita patut berterima kasih kepada leluhur pejuang silam kerana menjadikan BM sebagai bahasa negara, tepat dipilih atas sifat lingua franca, tradisi ilmu dan fakta sejarah.

Kini Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) digerakkan lagi sebagai suatu kesinambungan program sejak awal kemerdekaan bermula pada era 1960-an. Tema BBK yang mula diperkenalkan pada 2010 mempromosikan ‘1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara’ sangat kena pada tempatnya. Kita adalah satu bangsa, yakni bangsa Malaysia, kita hanya ada satu negara yakni satu Malaysia dan negara bangsa ini akan kehilangan keperibadian tanpa satu bahasa nusa bangsa.

Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu seharusnya ada pada semua peringkat dan lapisan rakyat, kepemimpinan politik, agensi, institusi, organisasi dan sebagainya kerana ada kebersamaan peranan.
Apabila disebut ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ atau ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, natijah di sebaliknya ialah bagaimana citra Malaysia itu terserlah jati diri bangsanya berbahasa, bahasa bagi bangsa Malaysia.
Suasana sekarang menuntut semua pihak menghayati apakah pula makna ‘bangsa Malaysia’ dan ‘negara bangsa’? Bukankah fungsi komunikatif bahasa kebangsaan dan fungsi rasminya bermaksud “satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia?”

Perbandingan dengan bahasa Kebangsaan Jepun

Setiap diri kita seharusnya berasa malu apabila membandingkan status bahasa kebangsaan kita dengan status bahasa kebangsaan di Jepun atau Korea. Apakah kita hanya boleh bermegah semata-mata kerana berasa bahawa pencapaian umum bahasa kebangsaan kita itu telah berkembang pesat dan meningkat kualitinya, misalnya dalam pentadbiran kerajaan, pendidikan, bidang perundangan dan kehakiman, walhal belum sepenuhnya dan tidak digunakan secara meluas dalam segala bidang kehidupan? Apakah kita boleh berbangga dengan mengatakan isu bahasa sudah selesai disebabkan jaminan kedudukannya di dalam Perlembagaan, sedangkan kemajuannya belum tercapai penuh?

Sikap memandang ringan, tidak mempedulikan, meminggir dan mengambil mudah tidak akan mendukung konsep ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian’ itu. Kita tahu dunia satu bahasa (monolingual) sudah tiada lagi. Maka selain daripada bahasa Inggeris, sebenarnya orang Malaysia juga perlu menguasai bahasa-bahasa yang lain mengikut keperluan, misalnya Arab, Sepanyol dan Perancis. Tetapi yang mana satu kita junjung? Bahasa dikaitkan dengan jati diri, maruah bangsa dan keagungan tamadun bangsa. Apakah sikap sebenar kita terhadap bahasa? Apakah ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ atau kitalah bangsa tanpa jiwa bahasa? Kita dibelit belenggu rendah diri, sesekali dihambat sikap pasif dan tabiat negatif.

Sikap pinggir bahasa negara

Penekanan berlebihan terhadap penggunaan bahasa Inggeris tanpa disedari kadang-kadang menjadikan kita sendiri yang meminggirkan bahasa negara, wujudnya situasi menang-kalah - menang bahasa Inggeris, kalah bahasa Melayu. Citra kenegaraan dan kebangsaan kita seolah-olah diambil alih bahasa Inggeris. Kita gagal menterjemahkan konteks keperluan penggunaan bahasa, di mana yang perlu dan yang mana satu. Mahukah wajah kita bertopengkan budaya asing? Usaha memperkuatkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu/Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Kementerian Pelajaran itu hendaklah disejajarkan di semua institusi pendidikan dan sektor berkaitan.

Perkasa bahasa sendiri

Kitalah rakyat dan bangsa Malaysia. Kitalah juga warganegara Malaysia itu. Pelbagai usaha mesti dilakukan bersama ke arah memulih citra bahasa negara kita sendiri akibat daripada hilang sikap megah bahasa, gemar memandang hak orang lebih sempurna. Kita kurang berusaha mengangkat kehebatan citra sendiri. Bisakah kita berganding bahu berbimbing tangan memartabatkan dan memperkasakan bahasa sendiri dengan pengukuhan BM itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi?

Jika kita pula memiliki visi dan misi melangkah ke hadapan, ayuh gerakkan perancangan strategik, sinergi dan rangkaian kerja melakukan tindakan dan sokongan mengisi keperluan pengantarabangsaannya. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Tetapi tidak terpanggilkah oleh kita bahawa apabila negara kita maju maka bahasa negara kita ikut maju, seiring sederap menjadi salah satu bahasa komunikasi antarabangsa bersifat supranasional.

Jati diri, keperibadian dan sahsiah bangsa terletak di atas satu bahasa negara yang berada di martabatnya, mantap dan perkasa. Matlamat tersebut hanya akan dapat dicapai melalui kesepakatan dan peranan bersama institusi, agensi, organisasi dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Penulis ialah bekas Ketua Pengarah DBP (1994-2004), bekas Ketua Pengarah Kebudayaan (1981-1989) dan AJK GAPENA (sejak 2004).

Saturday 8 December 2012

Cabaran Guru Menuntut Ilmu


Kurang kemahiran belajar, menguruskan masa

Institusi pengajian tinggi kini dibanjiri pelajar dewasa yang sebahagian besarnya adalah guru dalam perkhidmatan. Ini berikutan dasar memartabatkan profesionalisme guru yang diterjemahkan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 

Amalan pembelajaran sepanjang hayat 

Guru bergelar pelajar dewasa berdepan pelbagai cabaran dan perlu memiliki kekuatan mental.              “Kekuatan mental itu ialah keupayaan minda di bawah sedar untuk mengawal pergerakan seharian supaya tidak mudah mengalah apabila keadaan tidak menyebelahi diri."

Amalan pembelajaran sepanjang hayat sudah menjadi budaya masyarakat kita. Suasana di kampus pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah menjadi ‘hidup’ dengan gelagat guru yang dahagakan ilmu.

Namun, dalam senario yang memberangsangkan ini, sering kali kita mendengar permintaan mereka untuk lanjutan tempoh menghantar tugasan kerana pelbagai sebab termasuk terpaksa membawa pelajar ke Karnival SUKMA dan menjaga anak sakit. Inilah antara cabaran menjadi pelajar dewasa dan cabaran bagi tenaga pengajar yang mengurus mereka.

Sepanjang pengalaman mengurus pelajar dewasa, rayuan sedemikian kerap saya terima apabila tarikh akhir sesuatu tugasan kian hampir. Sebagai orang berkeluarga, sedikit sebanyak timbul rasa kasihan terhadap pelajar sebegini. Namun ada kalanya kelonggaran yang diberikan akan menggugat prestasi akademik mereka.

'Belajar cara belajar'

Apa yang saya perhatikan ialah sebilangan guru ini kurang kemahiran belajar dan menguruskan masa. Pesan saya kepada mereka ialah ‘belajar cara belajar’. Kemahiran ini tidak datang dengan sendiri atau tercipta sejak azali. Walaupun umum menganggap guru sudah mantap kemahiran belajarnya, realitinya sebilangan guru yang belajar tidak begitu. Ini kerana keadaan apabila kita mengajar dan apabila kita menjadi pelajar adalah berbeza.

Menjadi pelajar benar-benar menguji kemahiran belajar yang sering kita nyatakan kepada pelajar. ‘belajar cara belajar’ adalah hakikat yang perlu dihadapi mereka yang menuntut ilmu. Ia adalah inti pati pembelajaran sepanjang hayat. Bukanlah segulung ijazah yang patut diidamkan, tetapi pengalaman diraih ketika bergelar pelajar. Menjadi pelajar dewasa menguji keupayaan kita menguruskan tanggungjawab.

Dengan komitmen yang menggunung seperti bergegas menguruskan anak, tuntutan tugas pejabat yang tidak berpenghujung dan tugasan pengajian yang menghambat, guru bergelar pelajar dewasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu memiliki kekuatan mental. Kekuatan mental itu ialah keupayaan minda di bawah sedar untuk mengawal pergerakan seharian supaya tidak mudah mengalah apabila keadaan tidak menyebelahi diri.

Menurut pengamal perubatan alternatif, Prof Dr Ibrahim Ahmad, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa saja yang terlintas dalam fikiran akan ditangkap dan disimpan. Ia juga boleh bertindak menjayakan atau menggagalkan misi seseorang itu.

Pengalaman jadi pelajar dewasa

Pengalaman saya sebagai pelajar dewasa membuka perspektif tersendiri terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Berbanding pelajar bujang yang tiada komitmen keluarga, setiap detik masa saya terasa sangat berharga. Saya perlu menyusun jadual untuk mencapai sasaran harian yang ditetapkan iaitu memastikan setiap jam yang saya gunakan untuk diri dan setiap jam sama yang dikorbankan keluarga, adalah benar-benar berbaloi.

Untuk tidak mengecewakan diri sendiri, tetapkan sasaran yang kecil, tetapi bermakna untuk hari itu dan berkesan untuk jangka masa panjang. Saya juga sengaja mewujudkan ‘ketegangan’ diri iaitu dengan menyatakan pada diri bahawa saya tidak amanah dengan anak sekiranya gagal mencapai sasaran harian saya.

Perlu kekuatan mental

Inilah satu daripada latihan menguasai minda di bawah sedar yang saya amalkan. Saya lakukan begini kerana saya sangat bimbang Allah akan menyoal saya kelak mengenai masa mendidik anak yang saya korbankan. Ia juga satu perjuangan dengan diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Kekuatan mental adalah senjata ampuh yang kita perlukan.

Secara umumnya, menuntut ilmu itu adalah amalan mulia di sisi agama. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi). Malah diriwayatkan malaikat mengerumuni orang yang menuntut ilmu sehinggakan jika kita bersedekah kepada mereka, pahala digandakan sehingga 700 kali.

Maka janganlah rasa gusar dengan cabaran belajar kerana menuntut ilmu adalah amalan mulia.

Penulis ialah pensyarah  di Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra Kedah.

Thursday 6 December 2012

Latihan Tatabahasa 2


Tandakan ( B ) pada ayat-ayat yang betul.

1.Dia membeli hadiah bag ibunya sempena Hari Ibu.[     ]

2.Dia menerima tawaran bertugas di kawasan pendalaman dengan senang  hati.[           ]

3.Dari semasa ke semasa dia mengulang kaji pelajarannya.[   ]

4.Kakak ke sekolah dan emak ke pejabat.[      ]           

5.Suara penyanyi itu amat merdu sekali.[         ]

6.Budak itu ke kedai  membeli buku.[        ]

7.Kak Tini mendudukkan anaknya pada kerusi itu.[   ]

8.Ayahnya orang itulah.[       ]           

9.Dia membengkokkan besi itu hingga melengkung.[       ]

10.Sungai Pahang mengalir dengan  tenang.    [           ]

11.Kakak membuatkan Maria Clara secawan kopi.[       ]

12.Cikgu Marina berasal daripada  Kedah.[     ]

13.Pak Kudin Menghahdiahi anaknya sebuah kereta mainan.[       ]

14.Encik Braulio memperisterikan anak sulungnya.[       ]

15.Kapal itu berlabuh di situ sejak daripada semalam.[        ]

16.Di waktu senja dia masih bekerja di tengah sawah.[        ]

17.Selain daripada buluh, rotan juga boleh dibuat perabot.[    ]

18.Bila masak, buah durian itu akan gugur.[         ]

19.Altagracia terambil buku Elina.[     ]

20.Jangan dituruti hatimu yang marah itu.[       ]

21.Dia bina tak bina dengan nasihat kami.[       ]           

22.Mereka bertepuk tangan apabila Amir habis bercerita.[      ]

23.Apakah yang dimakan oleh budak itu?[     ]

24.Adakah Lisandro akan berjumpa denganku sekarang?[      ]

25.Ibu yang tenun kain sutera itu.[     )

26.Rumah itu dibena  oleh ayah saya. [          ]

27.Barbara bertutur mengikut telor Kelantan.[      ]

28.Kakak membeli sepuluh biji telur asin.[      ]

29.Untuk membuatnya memerlukan masa.[    ]

30.Majllis kenduri abang saya.            [          ]

31.Jemputlah ke majlis hari jadi saya. [           ]

32.Para pelawat itu memang gemarkan buah manggis.            [           ]

33.Buku itu saya akan balut.[    ]

34.Dia  hendak ke manakah?[    ]           

35.Rumahnya terletak di pinggir bandar itu.[    ]

36.Projek itu patut kita jalankan.[        ]

37.menangiskah budak kecil itu.[        ]

38.Hei, jangan masuk ke bilik itu![      ]

39.Tolong ambilkan paku itu.[       ]

40.Semua barang ini saya akan simpan.[         ]

41.Bagi setiap orang murid mesti membeli buku itu.[      ]

42.Oleh sebab kita perlu bersenam setiap hari.[           ]

43.Dia berfikir sama ada  hendak bermalam di rumah kawannya ataupun di hotel.[      ]
44.Yang manakah yang benar?[       ]

45. Carlos Raul menurut segala suruhan ibunya.[       ]

46.Selepas pulang dari sekolah, Raju membantu ayahnya berniaga di kedai runcit itu.[        ]

47.Rumah yang baru siap dibina itu belum bercat.[     ]

48.Karangan itu tidak boleh ditiru oleh kami.[     ]

49.Rahmah belum jahit kain itu.[         ]

Wednesday 5 December 2012

Latihan Tatabahasa 1


Pilih kata adjektif yang sesuai untuk  ayat-ayat  berikut.

1.    Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]
                            
2.    Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah    rambutan      itu.[lembut/panjang/usang]

3.    Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

4.    Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan  segera.[condong/bongkok/jatuh]

5.    Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________.[tengik/busuk/basi]

6.    Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]

7.    Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

8.    Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan  ringan.[empuk/lemau/lembik]

9.    Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan  ketat.[retas/rangup/lemau]

10.  Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]

11.  Nordin sentiasa  _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
        peperiksaan.[tekun/malas/benci]

12.  Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

13.  Malam ini ____________ benar.[rajin/pesar/gelap]

14.  Buah pokok durian itu ______________sekali.[lebat/banyak/garau]

15.  Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]

16.  Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]
17.  Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]

18.  Baju ___________________________ itu kepunyaanku.[merah/redup/cerah]

19.  Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]

20.  Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]

21.  Ayam jantan itu berbulu ___________________________.[kerdil/hitam/parau]

22.  Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu sejuk.(sendat/tebal/kempis)

23.  Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja.(renik/pendek/buncit)

24.  Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja ______________ .(bulat/hijau/tebal)

25.  Bola ragbi berbentuk ____________. (lonjong/dalam/dangkal/perak)

26.  Kotak hadiah itu berbentuk empat segi _____________ (merdu/bujur/gelap)

27.  Gasing ___________ kesayangannya  telah pecah.( payau/leper/cetek/panjang)

28.  Matanya ____________ seperti buah badam.(kerdil/kelam/bundar)

29.  Perut Si Abu ……………. (leper/buncit/bundar)

30.  Tayar …………………itu segera ditukarnya.(kurus/kempis/bulat)

31.  Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu ……………(lekuk/hitam/rending/parau)

32.  Kami tidak akan pergi kerana waktu amat ………………….(lama/singkat/cemburu/tajam)

33.  Tiada kenderaan berenjin pada zaman ……………………(lampau/kini/sekarang)

34.  Usah dikenang waktu yang ……………………..(lama/silam/baharu/sejarah)

35.  Mereka segera pulang kerana hari sudah  ……………………(segera/lampau/lewat/cepat)

36.  Jam dinding itu ……………………..setengah jam.(suntuk.lambat/segera)
37.  Pemain …………………itu berasal dari utara.(renek/gopoh/lampai/rending)

38.  Dia selalu …………….peperiksaan.(daif/gopoh/bakhil/berat)

39.  Gadis itu terlalu ……………………untuk bertanya.(segan/pekak/berahi)

40.  Anak raja itu ……………… akan Puteri Bongsu.(berahi/nyaris)renek)

41.  Pemuda itu ………………….sangat akan gadis pingitan itu.(

42.  Dia masih ………………….terhadap kejujuran pembantunya.(sangsi/kecur/khusyuk)

43.  Pisang muda rasanya …………………..(tawar/manis/kelat/lemak)

44.  Ubat ……………….itu untuk ayah.(pahit/lazat/gopoh)

45.  Air perigi  di rumah saya sangat …………………..(lincah/alpa/payau/empuk)

46.  Di pulau itu ada tasik air ………………….(tawar/kasih/ragu/gembur)

47.  Gulai itu tidak ………………….kerana kekurangan santan.(lemak/masin/pahit/kelat)

48.  Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda …………………….itu.(tampan/cantik/manis/kelu)

49.  Penyanyi itu mempunyai suara yang ……………….(hanyir/lunak/comel/licin)

50.  Penyanyi bersuara …………… itu baru berusia 5 tahun.(payau/mersik/manis/kelu)